Brendan Gan Yakin Tidak Kek0k

Pentas aksi persahabatan dilihat menjadi platform paling sesuai buat semua pasukan mempelajari serta memahami Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Malaysian Football League (MFL) berhubung operasi perlawnan.

Perkara itu diluahkan pemain tengah Selangor, Brendan Gan, yang berasakan selain menjadi medan buat pemain mendapatkan kembali kecergasan, situasi ini sepatutnya digunakan pemain untuk membiasakan dengan norma baharu bagi mencegah penul@ran pandem!k C0V!D-19.

Melalui beberapa lagi perlawnan persahabatan yang akan diaturkan selepas ini, Brendan yakin pada aksi sepak bermula pada 26 Ogos, semua pegawai dan pemain tidak lagi perlu berasa kek0k terhadap semua peraturan yang telah ditetapkan.

Objektif perlawnan persahabatan ini sememangnya cukup penting kepada semua pemain bagi mempelajari SOP sebelum, semasa dan selepas bermulanya sesuatu perlawnan.

Kehadiran pengawai penyelaras memudahkan lagi pemahaman kami yang menerangkan apa perkara yang boleh dan tidak boleh kami lakukan bagi mengikut segala SOP ditetapkan.

Bukan sahaja pemain namun sesiapa sahaja yang hadir ke stadium perlu mengikuti SOP yang diminta walaupun perlawnan akan dilangsungkan secara tertutup, katanya.

Ketua pasukan Pulau Pinang, Azmi Muslim juga senada dengan Brendan yang berkata, demi memastikan kelangsungan bola sepak tempatan terutama di saingan Liga Malaysia, mereka bersedia mengikut apa sahaja perkara diarahkan pihak berkuasa.

Dia menjelaskan segala SOP yang ditetapkan tidak menghalang semangat setiap pemain sebaliknya melihat itu sebagai satu tangungjawab bersama pemain serta pegawai dalam membendvng penul@ran pandem!k C0v!d-19.

Untuk mengamalkan norma baharu seperti ini, sudah pasti akan makan masa sikit dan rasa janggal pada mulanya bagi kita ikuti semua perkara yang diarahkan.

Saya ada tengok juga beberapa liga yang lain di seluruh dunia seperti EPL (Liga Perdana Inggeris), dan Serie A mengenai cara mereka amalkan SOP sebelum perlawnan.

Banyak juga kejanggalan di situ tambah-tambah tiada penyokong malah ada yang stadium sunyi sepi tetapi pematuhan SOP perlu kita ikuti demi kebaikan semua pihak, katanya.Dalam perlawnan yang berlangsung di Pusat Latihan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada Rabu, Selangor menang 4-1 mengatasi Pulau Pinang.

Aksi kedua-dua pasukan merupakan yang pertama selain Selangor 2 dengan UITM FC yang beraksi semalam sejak MFL membenarkan semua pasukan mengadakan perlawnan persahabatan sejak 2 Ogos lalu.

Antara SOP yang ditetapkan MFL bagi operasi perlawnan ialah tiada upacara bersalam sebelum dan selepas perlawnan, perkongsian sebarang peralatan peribadi tidak dibenarkan dan pemain simpanan perlu ditempatkan di tempat duduk penonton dengan mematuhi penjarakan sosial 1 meter serta memakai pelitup muka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *