Brendan Gan: Jangan Samakan Saya Dengan Liridon atau Sumareh

Pemain tengah Selangor, Brendan Gan berharap para peminat bola sepak tempatan tidak melabelkannya sebagai kategori pemain naturalisasi sama seperti Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi.

Katanya dalam News Strait Times, beliau sememangnya berdarah Malaysia dan mempunyai keluarga sebelah bapa di Seremban, Negeri Sembilan.

“Saya tidak “dinaturalisasikan” kerana ayah saya. Saya sememangnya layak mendapat IC (Kad pengenalan biru) dan pasport Malaysia.Saya tidak fikir boleh masuk dalam kategori yang sama seperti Liridon atau Sumareh yang telah tinggal di sini sepanjang hidupnya, jelas Brendan.

Brendan Gan

SUMBER GAMBAR: FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini mengumumkan Liridon Krasniqi sebagai pemain naturalisasi kedua selepas mendapat status kerakyatan Malaysia secara sah.Mengulas mengenai kehadiran Liridon, Brendan berpendapat mana-mana pemain naturalisasi perlu mempelajari lebih mendalam mengenai budaya orang Malaysia terutamanya dalam sukan bola sepak.

Bagus kalau mempunyai seseorang yang tahu budaya, rakyat dan b0la sepak Malaysia. Saya fikir ia sangat penting untuk pemain naturalisasi memilikinya.Bagi saya, saya tidak meletakkan diri saya dalam kategori itu.

Saya telah berada di sini (Malaysia) berkali-kali sejak remaja dan sudah memberikan hati dan jiwa saya untuk negara ini, sama ada di dalam dan di luar padang, tambah Brendan.

FBL-WC2022-QUALIFIER-FIFA-MAS-THA

Selepas Liridon, FAM juga bakal mengambil seorang lagi pemain naturalisasi di posisi sera ngan. Calon tersebut ialah bekas pemain import Kuala Lumpur, Guilherme De Paula yang berusia 33 tahun dan mempunyai pengalaman beraksi dengan 18 buah kelab sepanjang karier bola sepaknya.

Bagaimanapun, proses naturalisasi De Paula memerlukan sedikit masa lagi untuk diselesaikan bagi memastikan FAM memenuhi segala ketetapan Persekutuan B0la Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ada yang boleh datang ke sini pada usia 32, 33 atau 34 tahun kerana mereka hanya mahukan pasport dan bukan bermain untuk negara ini.Anda harus bersedia bekerja keras, meletakkan hati dan jiwa anda di padang untuk negara dan bukan bermain hanya untuk pasport, tegas Brendan Gan.

Sumber:vocket