Boleh Je Setel,Jadi Apa Yang Susah Sangat Selama Ini?

TRW Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini memberitahu telah berjumpa dan bersetuju untuk melunaskan bayaran tvnggakan gaji Badhri Radzi secara ansuran.

Pengarah Urusan TRW Sdn Bhd, Wan Rakemi berkata, ia membuktikan komitmen badan induk itu dalam melunaskan semua tunggakan hvtang lapuk yang menyebabkan imej KAFA terus terjejas.

“Sebagai permulaan, kita lunaskan sebahagian bayaran tunggakan gaji bekas kapten TRW itu menggunakan wang hasil jualan tiket.

“Saya amat berterima kasih kepada Piya kerana sudi berbincang dan bersetuju dengan kaedah bayaran ansuran yang telah dicadangkan oleh TRW Sdn Bhd,” katanya.

Nampaknya pertikaian yang berlarutan lama sudah hampir selesai.

Elok je Piya boleh duduk bincang, capai solusi dan terima bayaran ansuran, jadi apa yang menyebabkan tiada kata sepakat dicapai selama ini, apa yang susah sangat?