Bolasepak Indonesia Mengan@s ,Pemain Pijak Kepala Pengadil

Bola sepak Indonesia kembali menjadi sorotan apabila pengadil perlawnan sebuah kejohanan amatur menjadi sasaran dimana beliau dipijak di kepala oleh pemain.Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada Ahad lalu dalam sebuah kejohanan amatur yang berlangsung di Stadium Patriot Chandrabaga yang terletak di Bekasi. Kejohanan ini dikenali sebagai “FUN FOOTBALL GILBAR FC 2020” dan disertai oleh sebanyak lapan pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Salah seorang saksi kejadian, Insan May menceritakan kejadian yang berlaku dimana pemain yang memijak kepala pengadil itu merupakan rakan sepasukan beliau. “Kami tidak mengenali antara satu sama lain kerana memang itu kumpulan pemain tarkam (kejohanan antara kampung) yang bermain untuk Champas FC. Keadaan memang lebih rumit dari hanya sebuah foto yang v!ral itu,” kata Insan.

“Pengadil yang bertugas hanya satu dan tidak ada pengadil penjaga garisan. Pasukan yang mara dari peringkat kumpulan sepatutnya dua pasukan. Tetapi ternyata hanya satu kerana kesul!tan mengenai kos sewa padang yang tidak mencukupi.

https://twitter.com/horabpodcast/status/1282337547809468423?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1282337547809468423%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.vocketfc.com%2Fbola-sepak-indonesia-kembali-bergasak-pemain-pijak-kepala-pengadil%2F

Tambah Insan, pengadil perlawnan beberapa kali membuat keputusan yang dinilai berat sebelah, sekaligus membangkitkan am@rah pemain. “Berbaki empat minit masa perlawnan, pengadil meniupkan wisel bagi memberikan sepakan percuma. Rakan sepasukan saya tidak menerima keputusan tersebut lalu menolak pengadil hingga jatvh.

sumber:Vocketfc

Rakan saya memijak kepala pengadil itu. Saya cuba menghalang beliau tetapi gag@l berbuat demikian, tambahnya.