Bojan Tiada Dalam Senarai ZamBurger

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menafikan khabar angin bahawa skuad The Red Warr!orsĀ  akan mendapatkan semula bekas jurulatihnya, Bojan Hodak.

Dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham meminta mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekvlasi tanpa merujuk kepada pihaknya.Bilalah aku ada nak ambil Bojan Hodak. Kalau nak sensasikan cerita janganlah main petik saja. Jangan buat spekulas!, dapat info sebenar hanya di Trw official Facebook atau dengan saya sahaja, katanya.

Terdapat khabar angin yang tersebar di media sosial bahawa Hodak yang pernah membimbing TRW pada musim 2012 dan 2013 akan kembali mengendalikan skuad Pantai Timur itu musim depan.

Bagaimanapun, Norizam sebelum ini dilaporkan berkata TRW berkemungkinan akan dibimbing pengendali dari Itali.

sumber:BH