Biodata Sham Visa, Peserta Gegar Vaganza 6 (GV6) 2019

Tidak silaplah percaturan vokalis kumpulan Visa, Sham untuk melibatkan diri dalam program realiti, Gegar Vaganza musim keenam (GV6) apabila namanya kini kembali hangat diperkatakan umum.

Penyanyi kumpulan rock era 90-an itu turut mencuri tumpuan apabila imej terbaharunya disamakan dengan karakter popular, Tony Stark lakonan Robert Downey, Jr.

Terdahulu, Sham membuat kemunculan dalam drama Cekelat Honey yang bersiaran di Astro Citra pada hujung tahun lalu.

Biodata

1. Pemilik nama penuh, Rohisham Hashim. Dikenali dengan nama pentasnya, Sham Visa.

2. Kini berusia 43 tahun (2019).

3. Bergiat dalam dunia hiburan sebagai pengarah, pelakon dan penyanyi.

4. Merupakan vokalis kumpulan Visa yang pernah popular di sekitar era 90-an. Kumpulan rock itu antara lain dianggotai Joe, Imm dan Mazli.

5. Visa pernah muncul dengan tiga buah album studio berjudul Visa pada 1993, Dalam Gerimis (1994) dan Ilham (1995). Antara lagu hits mereka seperti Dalam Gerimis dan Untukmu Selamanya.

6. Dalam bidang lakonan, beliau pernah membuat kemunculan di layar perak menerusi filem Debu-Debu Kasih, lakonan bersama Aida Aris sekitar 1995. Penampilan terakhirnya menerusi drama Cekelat Honey siaran Astro Citra pada hujung tahun lalu.

7. Imej terkininya yang berkumis dan berjambang nipis serta berkaca mata berbingkai bulat, disamakan dengan watak Tony Stark yang dipegang aktor Robert Downey Jr. dalam filem Iron Man.

8. Selepas namanya diumumkan sebagai antara peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6), akaun Instagram (IG) rasminya yang menggunakan nama @shamvisa.official kini sudah mula mengumpul ramai pengikut, serta dilimpahi komen para peminat yang menyatakan sokongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *