Bintang TFC kembali -Nafuzi

Ketua jurulatih Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain nyata gembira dengan keputusan Faiz Nasir untuk kembali menyarung jersi skuad Hitam Putih bagi mengharungi musim baharu, Liga Malaysia 2020.

Terdahulu, tidak sampai 24 jam dilepaskan oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Faiz disahkan kembali bergabung bersama bekas pasukannya, TFC.

Perkara itu diumumkan secara rasmi menerusi laman sosial TFC selepas pemain berusia 27 tahun itu selesai menandatangani kontrak di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersama TFC, tengah hari tadi. 

Nafuzi menyifatkan Faiz amat sesuai dengan corak permainan yang diterapkannya dan akan memberikan !mpak sebagaimana aksinya bersama TFC pada musim 2018 lalu.

Faiz semestinya akan memberikan !mpak positif melalui kehadirannya dalam skuad musim hadapan, 

“Kita semua sedia maklum akan kelebihan tersendiri yang ada padanya dan ianya sangat sesuai dengan corak yang ingin diterapkan dalam skuad musim hadapan.” kata Nafuzi melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pasukan TFC.

TFC di bawah kendalian Nafuzi Zain melalui revolusi corak permainan yang rad!kal. Pengendali muda ini lebih gemar menerapkan corak ‘possession football’ serta men3kan pihak l@wan secara berpasukan apabila kehilangan bola.

Dengan kemampuan yang ada pada Faiz Nasir, pemain lincah ini mampu memberikan nilai tambah kepada pasukan TFC di posisi tengah serta bahagian kiri dan kanan pasukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *