Bintang K-Pop Bakal jadi pemain pasukan Perak FA

Baru-baru ini viral di laman twitter, apabila pengendali akaun Perak Power memuat naik beberapa foto seorang pemain imp0rt dari Korea Selatan yang bakal dibawa masuk oleh pasukan b0la sepak Perak (Perak FA).

Dikhabarkan pemain itu bakal berada di posisi pert@hanan, memang lepas ini tak hairanlah kalau stadium asyik penuh. Mana taknya, memang macam selebriti K-Pop. Patutlah gadis-gadis tak senang duduk.

Lebih 4k retweet, wajah pemain bola sepak itu jadi bualan hangat wanita di twitter. Rata-ratanya memuji ketampanan wajah pemain imp0rt ini yang selayaknya menjadi selebriti di Korea. Jeon Hyo-Seok merupakan anak kelahiran Korea Selatan yang baru berusia 22 tahun. Fuh mudanya!

Buat pengetahuan semua, ini merupakan kali pertama Hyo-Seok akan beraksi di luar negara memandangkan sebelum ini dia hanya sempat ber@ksi bersama kelab bola Asan Mugunghwa FC sahaja.

Pemain b0la sepak kacak ini mempunyai ketinggian 187 cm dan bakal bermain di posisi pert@hanan dan tengah. Walau bagaimanapun, kelab bola sepak Perak FC masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai ini.

Namun, ramai yang berharap khabar angin ini betul kerana ramai yang semangat untuk menyokong pasukan Perak. Fuh silap hari bulan, gadis negeri lain pun sokong Perak!