Besar Kerugian TRW Kerana Penipuan Itu

Empat individu yang didakwa terbabit dalam pen!puan terhadap Kelantan FC hanya mempunyai tempoh dua hari untuk melangsaikan hutang dan g@nti rugi kepada pasukan itu.

Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka yang dikatakan cukup dikenali dalam arena bola sepak negara itu bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk saman dan ganti rugi.Malah, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menegaskan tempoh itu adalah peluang ter@khir diberikan pihaknya kepada individu terbabit.

Enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai bentuk pen!puan itu, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata pen!puan itu mendatangkan kerug!an besar buat Kelantan FC.

Tiada kena mengena dengan pengambilan pemain tapi ada kena mengena dengan kelab. Saya tak nak komen lebih, sebab benda ini saya sudah serahkan kepada bahagian perundangan.

Kita pun sudah bincang tadi semalam dan terima permohonan kali kedua individu terbabit. Kalau kali kedua ini tak selesai, kita umumkan terus.Saya orang berniaga, jadi janganlah ambil kesempatan. Kita memang nak umumkan, tapi hasil permohonan individu terbabit dan sebagai orang Islam, kita bagi peluang kerana ia membabitkan nama, maruah dan sebagainya.

Apabila menyebabkan kerug!an kepada pasukan, saya tak boleh kompr0mi. Tapi ini peluang yang terakhir, saya tak akan bertolak ansur lagi kerana ia membabitkan jumlah yang besar, katanya kepada BH Sukan, semalam.

Terdahulu, Kelantan FC dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi kelab menjelaskan sudah menerima surat permohonan maaf dan penangguhan kali kedua pada jam 2.30 petang semalam dari wakil empat indiv!du yang terbabit dalam pen!puan itu.Mereka berjanji melangsaikan hutang dan memenuhi semua perjanjian termasuk ganti rugi yang dijanjikan sebelum esok.

Selepas tarikh 26 November 2020 esok, jika mereka gag@l melaksanakannya, kami akan meneruskan dengan tindakan undang-undang termasuk saman bagi mendapatkan ganti rugi atas ker0sakan yang berlaku, kata kenyataan itu.