Besar Jasa Cikgu Nan Kepada Saya -Nor Azam Azih

Kalau ada individu yang akan dikenang oleh Nor Azam Azih apabila memperkatakan mengenai perjalanan kariernya, dia tidak akan melupakan Cikgu Adnan.Ini kerana Cikgu Nan adalah orang yang bertanggungjawab mengalih minat Azam kepada b0la sepak pada ketika dia sudah menanam cita-cita untuk menjadi pemain hoki negara.Anak peneroka kelahiran Jengka 21, Pahang itu tidak pernah bercita-cita menjadi pemain b0la sepak profesional, jauh sekali menyarung jersi pasukan negara.Semasa di bangku sekolah rendah, bakat Azam lebih terserlah dalam sukan hoki sehingga terpilih mewakili Pahang pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).Begitu pun segala-galanya berubah bila anak kelima daripada enam adik-beradik itu memasuki sekolah sukan, Sekolah Menengah Seberang, Temerloh mulai Tingkatan Satu pada 2008.

Selalunya, saya hanya bermain b0la sepak untuk mengisi masa lapang bersama kawan-kawan selepas selesai menjalani latihan hoki.Malah, kejayaan saya menempatkan diri di sekolah sukan itu atas ‘tiket’ hoki.Tapi, ketika di Tingkatan Dua, Cikgu Adnan yang merupakan jurulatih pasukan bola sepak di sekolah itu meminta saya meninggalkan hoki serta memberi tumpuan kepada bola sepak.Sejak itulah saya aktif dalam bola sepak dengan mewakili sekolah di pelbagai peringkat pertandingan sementara hoki pula menjadi sukan sampingan saya, cerita Azam.

Apabila tamat Tingkatan Lima, Azam
pulang ke kampung. Sambil menunggu keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), dia mengisi masa dengan membantu ayahnya di ladang atau memancing.Suatu hari, ketika sedang memancing, rakan saya, Ilham Yusof, mengajak saya ke Kuantan untuk menyertai skuad Piala Presiden Pahang.Saya sangka untuk ujian pemilihan tapi apabila sampai di sana, jurulatih pasukan itu, Azaruddin Aziz terus menyenaraikan nama saya.”

Kecemerlangan Azam sepanjang semusim bersama skuad Piala Presiden Pahang itu membuka pula pintu untuk dia menyertai pasukan H@rimau Muda B pada 2014.Apabila skuad pelapis negara itu dibubarkan pada 2015, Azam kembali ke pangkuan skuad Pahang dan terus melakar peningkatan sehingga terpilih menyarung jersi H@rimau Malaya.Selepas berakhir era Safiq Rahim dan Badhri Radzi, Azam kini dianggap sebagai salah seorang pemain tengah terbaik dalam negara di samping Brendan Gan.

Foto : NSTP