Berita Gembira Buat Pengadil

LIGA Bola Sepak Malaysia dijangka menjelaskan tunggakan elaun tugasan pengadil tempatan selewat-lewatnya pada penghujung bulan ini.Dakwa sumber kepada Bernama hari ini, perkembangan menggembirakan itu diterima menerusi kiriman WhatsApp daripada Pegawai Pembangunan Pengadil PPP negeri terbabit, sehari selepas isu tunggakan elaun pengadil bagi saingan Piala Malaysia dan Liga M3 2019 serta aksi kelayakan Piala FA 2020 tular Selasa lalu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan PPP ,pihak MFL akan menjelaskan elaun tugasan pengadil dalam masa terdekat sebelum Meiā€¦Harap maklum, kata kiriman itu kepada Bernama.Bernama cuba mendapatkan pengesahan daripada MFL dan Unit Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia berhubung perkembangan positif itu, namun menemui jalan buntu.

Kedua-dua entiti bola sepak negara itu juga sehingga kini masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tunggakan elaun tugasan pengadil berkenaan.Selasa lalu, sebuah stesen televisyen tempatan melaporkan timbul beberapa aduan mengenai tunggakan elaun tugasan pengadil di media sosial sekali gus perkara itu menarik perhatian seluruh peminat bola sepak tanah air.

Dalam pada itu, sumber mendakwa isu tunggakan elaun pengadil bukan perkara baharu.Difahamkan masalah tunggakan elaun tugasan pengadil itu tidak melibatkan saingan peringkat tertinggi bola sepak tanah air iaitu Liga Super. – Bernama