(Terbaru)Berita Buruk Untuk Peminat Liga Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia untuk menangguhkan lagi Liga Malaysia (Liga M) berikutan peningkatan jumlah kes koronavirus (C0v!d-19) ketika ini. Timbalan Menterinya, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, pihaknya akan meminta nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sama ada selamat untuk meneruskan liga itu sebagaimana dijadualkan pada 26 Ogos ini.

Peningkatan jumlah kes C0v!d-19 ketika ini sedikit membimbangkan dan kita masih berbincang perlu atau tidak menanggvhkan liga tersebut.Kita akan patuhi keputusan akhir yang dibuat MKN kerana keselamatan dan kesihatan atlet termasuk peminat bola sepak serta semua yang terlibat adalah keutamaan, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi venue Sukan Malaysia Johor (Sukma 2020) di Arena Emas di sini hari ini. Pada 17 Julai lalu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan saingan Liga M yang tertangguh sejak Mac lalu akibat penvlaran C0v!d-19 akan disambung semula pada 26 Ogos ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Liga M bermula lebih awal seminggu berbanding perancangan asal MFL yang menetapkan ia disambung pada 1 September untuk saingan Liga Super dan 2 September bagi Liga Perdana. Wan Ahmad berkata, jika MFL diteruskan juga pada 26 Ogos ini, prosedur operasi standard (SOP) yang ketat akan dilaksanakan sepanjang perlawnan berlangsung.

Jelasnya, KBS juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkenaan termasuk polis untuk memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya nanti. Mengenai lawatannya, Wan Ahmad berpuas hati dengan persiapan venue untuk Sukma 2020 yang dilakukan mengikut jadual.

sumber:SH

Persiapan untuk Sukma, termasuk yang berlangsung seperti yang dijadualkan. Penting untuk kita memastikan tidak ada jalan pintas yang diambil dalam persiapan venue Sukma 2020 dan selamat digunakan atlet kita, katanya.