Bercakap Perkara Benar Bukan Buka Aib MFL

Hanya katakan perkara benar dan semua pihak tahu bayaran hak penyiaran Liga Malaysia  serta elaun pengadil belum dibayar.

Itu antara perkara yang dijelaskan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berhubung dakwaan Liga Bolasepak Malaysia¬† masih ‘berhutang’ berkaitan perkara terbabit sehingga sekarang.Beliau yang enggan berselindung mengenai perkara terbabit menyatakan bahawa pengendali liga berkenaan tidak pernah mengemukakan audit kepada pemegang taruh lain sekali gus menimbulkan persoalan sama ada pembayaran itu akan diterima atau sebaliknya.

Katanya, perkara terbabit didedahkan bukanlah mahu membuka aib pengendali liga itu, namun lebih menuntut hak pasukan yang kini mengharungi pelbagai cabaran berikutan pandemik C0-v!d-19.

Saya sebagai ahli perniagaan sudah bersedia dengan cabaran yang akan melanda terutama apabila mengambil alih Kelantan FC sekali gus mengetahui bakal menghadapi beberapa perkara nanti.Namun, jika perkara terbabit benar dan sememangnya pemegang taruh tidak mendapat bayaran hak penyiaran Liga M serta isu elaun pengadil, adakah salah jika saya menyuarakan perkara itu?

Jika diikutkan, pemegang taruh diberitahu mengenai audit yang dilakukan MFL selain tidak pula memanggil ke mesyuarat agung tahunan dan sekarang ini menuding jari pula apabila mendedahkan perkara betul, katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, kecoh di media sosial, apabila Norizam mempersoalkan bayaran hak penyiaran Liga M serta elaun pengadil.

Norizam turut mempersoalkan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia mengeluarkan kenyataan Kelantan FC akan dip0tong tiga mata dalam Liga Perdana musim ini jika Persatuan Bolasepak Kelantan g@gal melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemainnya.

FAM bagaimanapun menafikan kenyataan itu, selain memb!das pemilik Kelantan FC itu kerana ‘menyrang’ mereka tanpa memeriksa ketepatan laporan media.

Sementara itu, berkaitan hutang yang perlu dilunaskan Kafa pula, Norizam berkata, perkara terbabit sudah dipersetujui badan induk bola sepak negeri itu untuk menyelesaikannya.

sumber:HM

Kami sudah mengadakan perjumpaan pada awal bulan ini dan Kafa menjelaskan akan bertanggungjawab terhadap semua hutang kira-kira RM6.8 juta., katanya.