Dia ada duit ,Berapa pun jumlahnya, Akhyar akan bayar tuntutan Kedah. – TMJ

Semalam, Setiausaha Agung Persatuan BolaSepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar melalui satu kenyataan di laman facebook miliknya mengumumkan keputusan Asian International Arbitration Centre (AIAC) yang dirujuk sebagai Majlis Timbangtara, telah memihak kepada KFA. Kes tersebut mengenai perpindahan kontr0versi pemain muda negara, Akhyar Rashid daripada pasukan Kedah FA ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada awal Januari tahun lalu. Menurut Asmirul, KFA masih belum berpuas hati dengan jumlah pampasan yang ditawarkan kerana tidak melibatkan pampasan latihan.

“Kita menang tetapi jumlah pampasan yang di tetapkan masih lagi perlu di pertimbangkan. “Berita ini bercampur (Suka dan Ralat). Suka kerana kita di pihak yang benar. Sedikit ‘ralat’ kerana jumlah pampasan yang ditawarkan tidak di sertai bersama pampasan latihan (without training compensation). “Peguam mencadangkan agar kami (KFA) segera memfailkan tuntutan lain (terkini) selari dengan jumlah tuntutan yang diperlukan.

Tentunya kita tidak akan bertolak ansur tentang jumlah tuntutan,” tulisnya dalam satu kenyataan. Kes Akhyar Rashid tiada kaitan dengan JDT Bagaimanapun, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menafikan kes tersebut mempunyai kaitan dengan skuad Harimau Selatan dan menjelaskan ia adalah diantara Akhyar Rashid dengan bekas majikannya. “Kes tersebut adalah di antara Akhyar dan bekas majikan beliau berkenaan pampasan semasa penamatan kontrak, di mana JDT tidak terlibat pada ketika itu. “Jadi kepada mereka yang tidak memahami kes ini, tidak perlu melompat-lompat dan mengatakan bukan-bukan tentang keputusan itu.

JDT telah berhubung dengan para peguam kami dan diberitahu bahawa kelab bukan sebahagian daripada kes ini dan tidak terjejas dengan sebarang tuntutan,” kata Edwards dalam satu kenyataan di laman sosial JST. Difahamkan Akhyar perlu membayar RM300,000 kepada KFA sebagai nilai pampasan latihan berbanding RM75,000 seperti yang ditetapkan oleh Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM). Perkara ini didedahkan sendiri oleh pemilik kelab JDT iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui satu komen di laman instagram. TMJ juga menjelaskan Akhyar masih pemain JDT dan bayaran tersebut akan dilunaskan sendiri oleh pemain itu. “Akhyar masih pemain JDT. Kes ini Kedah ambil tindakan terhadap Akhyar bukan JDT. Oleh itu, yang kena bayar adalah Akhyar bukan JDT.

Kedah nak Akhyar bayar RM300,000. Tetapi Akhyar masih boleh buat rayuan untuk kurangkan dari RM300,000 selagi ada orang tak menggunakan “daddy” punya kabel. “Tetapi jangan risau. Apa apa pun Akhyar akan bayar. Dia kaya,” tulis TMJ. Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pemain muda pasukan itu, Akhyar Rashid tidak akan bermasalah untuk membayar tuntutan pampasan daripada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), walau berapa pun jumlahnya.

KFA pada Januari lalu terpaksa membawa kes tersebut Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) setelah pelbagai saluran lain tidak menampakkan sebarang penyelesaian. Namun, disebabkan tiadanya tribunal timbang tara yang sepatutnya diwujudkan oleh FAM menurut Artikel 67 Statut FAM, kes tersebut dibawa ke Asian International Arbitration Centre (AIAC) di Kuala Lumpur.