Beliau sah kembali

Kurang 24 jam selepas sah digugvrkan Selangor, pemain lincah, Mohd Faiz Nasir, tidak menunggu lama untuk menyertai pasukan baru bagi saingan musim 2020.

Pemain bertubuh kecil itu menjadi rekrut terkini Terengganu FC (TFC) di bawah bimbingan Mohd Nafuzi Zain, hanya selepas setahun meninggalkan pasukan itu.

Walaupun dikaitkan dengan pasukan Kedah dan Perak, Faiz, 27, diumumkan sebagai pemain TFC hari ini selepas menandatangani kontrak satu musim bersama Sang Penyu.

Pemain kelahiran Kelantan itu merupakan tonggak TFC pada 2018 di bawah kendalian Irfan Bakti Abu Salim yang muncul naib juara Piala Malaysia.

Faiz kemudian berhijrah ke Selangor selain mendapat kap dan jaringan pertama bersama skuad negara ketika bertemu Afghanistan dalam saingan Piala Airmarine, Mac lalu.

Namun dia gagal memikat jurulatih Selangor, B. Sathianathan, apabila menjadi antara lapan pemain yang digvgurkan, termasuk Michal Nguyen, Endrick Dos Santos, Latiff Suhaimi, Nurridzuan Abu Hassan, Azreen Zulkafali, Fandi Othman dan Norhakim Isa.

Seperti sedia maklum, Faiz pernah beraksi untuk TFC dan semua orang nampak yang dia ada kelebihan tersendiri.

“Saya yakin kemasukannya ke dalam pasukan ini akan memberi !mpak positif dan menguatkan lagi j3ntera tengah TFC,” kata ketua jurulatih TFC, Mohd Nafuzi Zain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *