Bekas pemain Marseille import baharu Kuala Lumpur

Persatuan BolaSepak Kuala Lumpur (KLFA) hari ini mengumumkan kemasukan penye rang import baharu dari Perancis, Guy Gnabouyou bagi memperkuatkan jentera sera ngan skuad warga kota dalam saingan Liga Malaysia 2020.

Pemain yang berusia 31 tahun itu mempunyai pengalaman beraksi bersama 11 pasukan dari eropah sepanjang dalam karier bolasepaknya. Musim lalu, beliau beraksi bersama FC Petrolul Ploiești, sebuah kelab dari liga divisyen 2 Romania dan hanya sempat melakukan 7 penampilan.

Berdasarkan rekod keseluruhan, Gnabouyou telah menjaringkan 30 gol dalam 225 penampilan bersama kelab yang berbeza sejak 2007.

Gadingannya bersama seorang lagi pemain import yang akan diumumkan kemudian menjadi taruhan Nidzam Adha untuk memastikan misi Kuala Lumpur kembali ke Liga Super 2021 tercapai.

Selain Gnabouyou, Kuala Lumpur setakat ini telah menandatangani pemain tengah dari Brazil, Paulo Josue yang turut dilantik sebagai ketua pasukan dan pemain pertahanan Kyrgyzstan, Azamat Baimatov bagi mengisi kuota pemain import Asia.

Azamat mempunyai 30 kaps bersama skuad kebangsaan Kyrgyzstan dan mempunyai pengalaman beraksi di eropah bersama kelab Rusia dan Latvia.

Beliau sepatutnya sudah lama menjadi milik Kuala Lumpur pada musim lalu namun disebabkan tidak menerima pelepasan kelab terdahulu, Dordoi Bishkek, khidmatnya terpaksa ditangguhkan.