Bekas Pemain Kedah Jadi Jurulatih Pulau Pinang

Bekas Jurulatih skuad bawah 17 tahun (B-17) Singa Utara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli meletak jawatan pada tahun lalu selaku jurulatih skuad hanya bertahan selama tiga bulan membimbing skuad itu ,beliau nekad untuk meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad (B-17) singa utara atas pihak pengurusan tidak dapat membayar gaji beliau mengikut masa yang diberi.

Kini untuk musim 2020 Akmal Rizal Ahmad Rakhli ,bekas pemain kedah dan pemain kebangsaan era tahun 2000 ini akan membuat pencaturan baru bersama Skuad Liga Premier Pulau Pinang sebagai Penolong Jurulatih bersama Manzoor Azwira Abdul Wahid(ketua jurulatih)membimbing skuad itu.

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang menyifatkan gandingan Akmal Rizal dan Manzoor Azwira Abdul Wahid (Ketua Jurulatih) adalah kombinasi kejurulatihan generasi baru yang mempunyai visi lebih segar untuk mengegar kancah Liga Malaysia.