Bekas Pemain JDT, Sarawak United Sambar

Sarawak United terus mengumpulkan pemain berpengalaman dalam saingan Liga Malaysia dimana baru-baru ini mereka sah menandatangani bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Gabriel Guerra.Sejurus menandatangani k0ntrak bersama Sarawak United, nama Guerra terus berada dalam matchday squad ketika skuad bimbingan E.Elavarasan itu menent@ng Kuala Lumpur dalam saingan Liga Perdana pada 14 Mac lalu. Sebelum mendapatkan khidmat Guerra, Sarawak United telah menandatangani tiga pemain import iaitu bekas pemain Selangor, Patrick Ronaldinho, pemain tengah, Milad Zanidpour Mansour, dan pemain pertahanan, Demerson Bruno Costa.

Ketika beraksi bersama JDT, Gabriel Guerra membantu skuad H@rimau Selatan memenangi saingan Liga Super dan Piala Malaysia pada musim 2017 lalu. Saingan Liga Malaysia musim ini dihentikan seketika kerana penularan w@bak C0ronavirus (C0VID-19) yang sedang melanda negara ketika ini. Selain itu, Guerra juga pernah membantu PKNS FC mara ke perlawnan akhir Piala FA pada musim 2016, yang mana menyaksikan Red Ants tew@s kepada JDT.