Beberapa Pasukan Berminat Dengan Ramon Marcote

KUALA LUMPUR: Pasti penyokong skuad Hijau Kuning masih mengingati gandingan Tan Cheng Hoe bersama Ramon Marcote yang berganding bahu menerapkan corak permainan pantas dalam skuad Kedah pada 2015.

Kerjasama kedua-dua jurulatih itu juga telah merubah corak permainan Kedah yang menarik perhatian penyokong bola sepak tempatan selain menghadirkan kejuaraan Liga Perdana dan naib juara Piala Malaysia pada musim itu.

Bagaimanapun, jodoh pengendali dari Sepanyol itu dan Kedah tidak panjang apabila hanya memegang jawatan ketua jurulatih selama separuh musim sebelum dipec@t pada 2018 ekoran kemeros0tan prestasi pasukan.

Namun, kegag@lan itu tidak melunturkan semangat Marcote untuk terus ‘mencari makan’ dalam Liga Malaysia (Liga M) dan mengakui ada dihubungi beberapa pasukan tetapi semuanya masih dalam pr0ses perbincangan.

Jurulatih berusia 43 tahun itu, kini kembali bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Sepanyol ekoran penularan C0-v!d-19.

Sudah tentu saya ingin kembali ke Liga Malaysia. Kuala Lumpur ada berbincang tetapi sekarang mereka telah ada pilihan sendiri. (jurulatih dari Chile Simon Elissetche).Saya ada juga dengar Sabah dan Penang (Pulau Pinang) berminat untuk dapat khidmat saya tetapi ia sekadar spekulasi kerana kedua-dua pasukan itu tidak menghubungi saya.

Saya antara tenaga pengajar dalam kursus pro UEFA dan juga perunding untuk pasukan bola sepak di Sepanyol.Tetapi sebab C0-v!d-19 saya kembali kepada pekerjaan asal saya iaitu guru di sebuah sekolah, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Marcote yang memiliki lesen kejurulatihan UEFA pro dilihat antara jurulatih asing yang mampu memberi !mpak dalam bola sepak tempatan namun beliau berdepan kegag@lan ketika menjadi pengendali di Kedah selepas dipercayai gagal memikat hati pemain ketika itu.

sumber:Utusan