Bayar Banyak Tu ,Main Pun Macam Tu La .

Gaji besar tapi sentiasa tertunggak, atau gaji kecil tapi sentiasa dibayar pada waktu. Mana yang ok?

Tetapi ada pemain, dia anggap dirinya level Rm100,000 jadi bila dibayar Rm40,000 sahaja dia main macam budak sekolah.

Baginya dah kau bayar aku banyak tu jer, macam tu jer laa aku main. Itu belum campur yang tidak mahu turun training atau training main-main dengan pelbagai alasan. Wajarkah ia berlaku?

Jadi kiranya sesebuah pasukan itu menggaji budak sekolah dengan harga Rm40,000. Kami diberitahu mindset/mentaliti kebanyakan pemain hari ini adalah pergi mana-mana team sekalipun gaji permulaan jangan kurang dari Rm20,000 walaupun kau baru nak up.

Apa pandangan anda?

Sumber:labolamalaya