Barcelona akan me rana – Guardiola

Pep Guardiola menyatakan pandangan beliau tentang Barcelona jika tanpa Lionel Messi. Ternyata, menurut Guardiola, gergasai Catalan itu akan bergelvt jika perkara itu berlaku.

Ianya akan menjadi sepertimana situasi Real Madrid, ketika mereka kehilangan Cristiano Ronaldo sebelum ini.

Pada 2018, Ronaldo memutuskan untuk meninggalkan Real Madrid dan menyertai Juventus. Real kemudiannya jelas bergelvt dengan prestasi dan menamatkan musim lalu dengan prestasi yang terumbang ambing.

Lionel Messi kini dilaporkan tengah tidak sehaluan dengan Pengarah Sukan Barcelona iaitu Eric Abidal. Messi tidak berpuas hati dengan kenyataan Abidal mempersoalkan komitmen beberapa pemain di Barcelona.

Sebagai seorang kapten, Lionel Messi mahu tahu, siapakah pemain yang Abidal maksudkan?

Ini kerana Lionel Messi merasakan setiap pemain Barcelona sudah melakukan yang terbaik setiap kali beraksi dan di pusat latihan.

Messi memiliki klausa – di mana – beliau boleh meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini secara percuma. Manchester City, bimbingan Pep Guardiola dianggap destinasi terbaik untuk beliau bergabung semula dengan bekas bosnya itu.

Guardiola berpandangan, Barcelona akan bergelvt teruk jika melepaskan pemain terbaik sepanjang zaman dalam sejarah pasukan mereka itu.

Pep berkata: “Beliau pemain yang sukar untuk diganti. Kerana pemain seperti beliau adalah sangat hebat, mereka pemain yang luar biasa.”

“Jika Lionel Messi meninggalkan Barca, mereka akan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri tanpa Lionel Messi.”

“Messi adalah pemain yang sukar dicari ganti, kerana pemain seperti ini menjaringkan 40-50 gol semusim untuk kamu.”

Sumber : semuanyabola