Banyak Pasukan Akan Tarik Diri

Baru-baru ini, badan pengendali Liga Malaysia (Malaysia Football League) memberi bayangan liga domestik bakal bersambung semula pada bulan September selepas ditangguhkan hampir 5 bulan susulan penvlaran w@bak pandem!k C0V!D-19.

Bagaimanapun, situasi itu menimbulkan kebimbangan pada bekas pemain Pahang dan negara, Datul Jamal Nasir Ismail yang menjangkakan lebih banyak pasukan akan tarik diri kerana masalah kewangan.

Menurut kenyataannya dalam Sinar Harian, aks! tanpa kehadiran penonton akan menjejaskan hasil kutipan tiket ditambah pula dengan kos tinggi bagi mematuhi Prosedvr Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bakal memberi masalah kepada pasvkan yang mempunyai bajet kecil.

“Sebab itu saya pernah cakap dulu, batalkan sahaja liga musim ini dan mulakan semula tahun depan. Mungkin pada tahun depan dah tak ada SOP dan kita boleh bermain secara normal.

“Tetapi, mereka mahu bermain juga sebab mungkin sudah terikat dengan beberapa perkara terutama dari segi hak penyiaran dan sebagainya. Jadi, jika mereka main juga, maka mereka perlu mengikut semua SOP dan menanggung semua k0s tersebut.

“Dalam hal ini, semua pasukan yang terkesan perlu mencari dana mulai sekarang jika mahu pasukan berjalan seperti biasa apabila saingan liga bermula nanti.

Jika tidak, saya khuat!r akan ada pasukan terpaksa menarik diri daripada liga nanti. Kita pun tahu banyak pasukan terbeban dengan masalah gaji yang tak bayar dah beberapa bulan. Takkanlah ada pemain yang nak main lagi bila gaji tak bayar, katanya kepada Sinar Harian.

Bagi mengurangkan kos 0perasi pasukan, beliau juga memberi cadangan agar setiap pasukan bawa 20 orang sahaja ke tempat lawan bagi menjimatkan kos pengangkvtan dan penginapan.

“Untuk perlawnan di tempat lawan contohnya, mungkin setiap pasukan hanya membawa 20 orang sahaja iaitu 18 pemain, seorang jurulatih dan seorang pengurus atau kitman.

“Jadi pasukan tidak perlu berbelanja banyak untuk pengangkutan. Jika tidak mereka mungkin kena sewa dua bas untuk bawa pemain kerana perlu ikut SOP.

SUMBER:VOCKETFC

“Dari segi k0s penginapan dan makanan juga boleh dijimatkan jika kita bawa jumlah pemain yang sedikit. Mungkin sebelum ini kos untuk perlawnan di tempat lawan RM20,000, mereka mungkin dah boleh jimat separuh,” jelasnya.