Bale buat hal

PARIS: Gareth Bale menambah krit1kan mengenai komitm3nnya kepada Real Madrid dengan mengakui semalam bahawa dia lebih teruja bermain untuk Wales berbanding g3rgasi Sepanyol itu.

Bale tidak bermain buat Real sejak menjaringkan g0l buat negaranya ketika seri 1-1 berdepan Croatia pada 13 Oktober dan kec3deraan b3tis mengh@langnya berlatih bersama sku@d utama kelab.

Jadi keputusannya menyertai Wales untuk dua perl@wanan terakhir kelayakan Euro 2020 berdepan Azerbaijan di Baku awal pagi esok dan Hungary awal pagi Rabu ini menghadirkan komen n3gatif dalam kalangan akhbar Sepanyol.

“Saya memang lebih gembira bermain buat Wales,” kata Bale pada sidang akhbar di Baku.

“Saya bersama pemain yang lebih tua sejak kami bersama dalam pasukan bawah 17 tahun. Ia seperti bermain dengan rakan anda pada Ahad. Ia normal.

“Bersama Wales, saya bercakap bahasa saya sendiri dan rasa lebih selesa. Tapi ia tidak mengubah apa yang saya lakukan di padang. Saya sentiasa berikan 100 peratus di padang di mana saja saya berada, itulah yang sentiasa saya mahu lakukan.”

Bekas pemain Real dan media sering meny@lahkan Bale kerana lebih sayangkan golf berbanding kelab.

“Secara jujur saya rasa ia melucukan, terutama sebahagian gambar dan bahan-bahan yang kawan saya hantar kepada saya,” kata Bale.

“Satu daripadanya berkata triple b0gey – dan saya tidak pernah melakukan triple b0gey! Sekurang-kurangnya berilah saya albatr0ss! Ia melucukan.

“Sebahagian perkara saya lihat, orang tidak faham dan tidak tahu apa yang mereka katakan. Jadi saya rasa ia hanya sesuatu yang agak k3lakar.” – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *