Bakal terbang lebih tinggi

NEWCASTLE United bakal menjadi kelab paling kaya di pentas Liga Perdana Inggeris EPL sebaik selesai urusan pengambilalihan The Magpies oleh pemilik baharu yang juga jutawan Arab Saudi, Mohammed Bin Salman.Rundingan bernilai 300 juta pound RM1.63 billion itu semakin hampir dimuktamadkan selepas Dana Pelaburan Awam Arab Saudi berkenaan sudah membayar deposit sekali gus dijangka mengakhiri penguasaan 13 tahun pemilik, Mike Ashley.

Pemilik baharu dijangka mampu memberi suntikan dana di samping memperkenalkan penaja baharu kepada kelab pernah dikemudi Rafael Benitez yang menegaskan secara realiti Newcastle United menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan kelab EPL berdasarkan keupayaan kewangan terhad.Sementara itu, rakan perniagaan rapat Mohammed, Yasir Al-Rumayyan yang dijangka menjadi pengerusi baharu The Magpies menyambut baik pengambilalihan kelab berpangkalan di St James’ Park.

Pengambilalihan terbabit menyaksikan konsortium Saudi itu akan memegang 80 peratus saham dalam The Magpies manakala baki 20 peratus dibahagikan sama rata antara Amanda Staveley dan Reuben Bersaudara.Kelab kendalian Steve Bruce itu kini berada pada kedudukan ke-13 liga dengan 35 mata hasil sembilan kemenangan, lapan seri dan 12 kekalahan selepas mengharungi 29 perlawnan.

sumber:SH