Bakal kendalikan Pasukan Liga Malaysia

Bekas ketua jurulatih pasukan B-23 tahun negara, Frank Bernhardt dikhabarkan bakal mengendalikan salah satu pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Pasukan yang baru dinaikkan pangkat ke Liga Super oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) itu dikatakan berminat dan kini kedua-dua belah pihak sedang mengadakan perbincangan mengenai beberapa perkara.

Pasukan tersebut berminat untuk mengambil khidmat Bernhardt kerana pengendali berusia 50 tahun itu mempunyai pengalaman luas khususnya dalam mengendalikan pasukan muda.

Bernhardt yang dilantik sebagai pengendali skuad B-23 tahun pada 2015 dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Mac 2017 setelah berlaku peralihan tampuk kepimpinan yang menyaksikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai presiden.


Selain pernah menjadi peng3ndali skuad B-23 tahun negara, Frank Bernhardt juga pernah menjadi pengendali Estonia B-19 dan B-21 serta menjadi Pengarah Tekn!kal bersama FA Azerbaijan.

Bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan, FAM mewajibkan ketua jurulatih bagi pasukan Liga Super perlu memiliki les3n kejurulatihan Pro A K0nfederasi B0la Sep@k Asia (AFC).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! H@rimau Malaya