Bagus Usaha Zaquan,Walaupun PKP

DEMI faktor kecergasan, pemain sayap Kedah, Zaquan Adha Abdul Razak berusaha melakukan ubah suai ruang minum petang di kediamannya untuk dijadikan sebuah mini gim sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu.Dia yang juga bekas kapten H@rimau Malaya ini berkata idea mewujudkan gim ini timbul dari rasa keperluan untuk mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan sepanjang tempoh PKP ini.Sebaik sahaja tempoh PKP bermula, saya agak risau memikirkan kesan terhadap tahap kecergasan diri memandangkan kita tidak dapat ke gim seperti biasa bagi menjalani latihan tambahan.Ini mendorong saya sebagai pemain bola sepak profesional untuk memikirkan cara terbaik untuk mencari ruang khas bagi melakukan latihan kecergasan yang lebih tersusun dan lebih kemas di dalam rumah sendiri.

Akhirnya saya bersama isteri saya, Ayu Raudhah mendapat’ idea’ untuk melakukan sedikit ubah suai ruang minum petang di rumah kami untuk dijadikan mini gim dengan sedikit peralatan latihan yang ada dirumah.” katanya.Zaquan turut mengakui tempoh PKP ini sebenarnya menguji kesabaran dan disiplin setiap pemain agar dapat mengekalkan kecergasan yang diperlukan dan pada masa yang sama memastikan keupayaan serta kemahiran berada pada tahap terbaik.Sebenarnya saya bukanlah seorang yang gemar keluar rumah jika tidak ada perkara penting atau tugas yang perlu dilakukan dan kesempatan PKP ini saya gunakan sepenuhnya untuk berlatih sendiri, disamping beriadah bersama keluarga di rumah.

Pada keadaan sekarang ini semua pihak wajib akur dengan arahan dan perintah yang digariskan oleh kerajaan dan sebagai pemain profesional, aspek keselamatan dan kesihatan perlulah didahului dan apabila segalanya selamat selepas ini, InsyaAllah kita akan kembali beraksi dalam Liga M yang kita sama-sama nantikan.Apa sahaja keputusan yang akan diputuskan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) nanti, kita perlu akur dan patuh sepenuhnya dan segala usaha yang dilakukan itu akan memastikan suasana kehidupan kita di Malaysia ini selamat dari wabak yang bahaya ini. katanya.