B. Satiananthan Pertikai Jadual Liga Malaysia Musim 2020

Selepas Presiden Persatuan B0las3pak Kedah (KFA), Dato’ Seri Mukhriz Mahathir bertanyakan mengenai jadual Liga Malaysia musim 2020 yang belum diumumkan, kini, giliran pengendali Selangor, B. Satiananthan pula tampil bersvara mengenainya.

Sehingga kini, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dilihat masih berdiam diri mengenai jadual musim hadapan yang dijangka akan bermula sekitar Februari. Tidak dapat dipastikan bila ia akan diumumkan.

Menurut B. Satiananthan, sukar buatnya untuk mengatur jadual pra musim apabila tiada pengesahan rasmi mengenainya begitupun, tambahnya, Selangor tetap akan mula berlatih pada hari ini.

Seharusnya perkara ini diselesaikan awal agar semua pasukan tidak teragak-agak untuk memulakan kem latihan pra musim masing-masing yang mungkin melibatkan di dalam dan luar negara.

“Kami akan mula berlatih esok [hari ini] dan semua pemain terlibat kecuali yang bermain dengan skuad kebangsaan yang akan mula melap0r diri pada 18 Disember depan,” ujarnya di The Star.

“Pemain-pemain kebangsaan diberikan rehat lebih supaya mereka kembali ke pasukan dengan lebih segar,” tambah B. Satiananthan.

Pengendali berusia 61 tahun itu juga mengatakan yang sebelum ini, semua pasukan dimaklumkan Liga Super akan bermula pada pertengahan Februari oleh pihak MFL namun, kini kelihatan seakan-akan ia akan dianjak pula ke penghujung Februari.

Bercakap mengenai persediaan Gerg@si Merah untuk musim 2020, pengendali berpengalaman itu berharap agar pemain-pemainnya akan cepat ‘mesra’ dan akan sesegera mungkin membentuk kesefahaman dengan kemasukkan beberapa pemain baharu.

Selangor setakat ini telah menandatangani pemain utama skuad kebangsaan, Brendan Gan dan Nor Hakim Hassan dari Perak, selain turut membawa masuk Rodney Calvin dan Tauffiq Ar Rasyid Johar daripada feeder club, PKNS FC yang kini dikenali Selangor II.

Dijangkakan, akan ada beberapa lagi pemain bakal menyertai kem Selangor dalam masa terdekat terutamanya di posisi tengah dan pert@hanan untuk melengkapkan senarai 30 pemain.

“Kami telah selesaikan ‘pembelian’ pemain lebih awal musim ini. Ketika ini, saya perlu membentuk kesefahaman di kalangan para pemain, ia akan mengambil sedikit masa dan saya harap pemain-pemain akan lebih cepat ‘mesra’,” ujar B. Satiananthan lagi.