B. Satiananthan Dah Buka Mulut Tentang MSN

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail semalam mendedahkan mulai tahun depan, MSN akan meletakkan tanda harga kepada semua pemain muda dalam Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Ia bermakna mana-mana pasukan liga tempatan atau kelab dari luar negara yang berminat untuk mendapatkan pemain tersebut, perlu membayar sejumlah wang pampasan yang mencecah lebih RM200,000 kepada AMD.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Selangor dan juga Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B. Satiananthan tidak setuju dengan langkah tersebut kerana bakat muda ini kemungkinan tidak mendapat tempat dalam mana-mana pasukan atas faktor ‘harga mahal’ yang diletakkan.

“Saya tidak faham dengan apa yang berlaku dalam MSN sekarang sedangkan AMD itu tempat yang disediakan oleh kerajaan buat remaja yang mempunyai p0tensi menjadi pemain b0lasepak Malaysia dan membolehkan seseorang itu memberikan sumbangan buat negara suatu hari nanti.

“MSN bukan sebuah persatuan b0lasepak (FA) negeri yang terikat di bawah peraturan Persekutuan BolaSepak Antarabangsa (FIFA). Jika mahu buat keuntungan, jadikan MSN badan swasta dan diser@gamkan mengikut peraturan FIFA.

“Kalau ada mana-mana pasukan atau kelab terpaksa mengeluarkan puluhan ribu ringgit bagi mendapatkan khidmat pemain AMD, lebih baik mereka tubuhkan akademi sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Satiananthan juga berpendapat AMD sepatutnya berperanan untuk menyumbangkan pemain berkualiti bagi membantu sukan b0lasepak negara kerana sebahagian dana yang dilaburkan datangnya daripada duit pembayar cvkai.

“Sepatutnya AMD perlu dilihat kepada asas penubuhannya. Mereka perlu ingat dana daripada kerajaan menerusi Belanjawan di Parlimen datangnya juga daripada hasil pembayar cukai di negara ini. Kalau begitu saya juga sepatutnya mendapat insent!f daripada apa yang telah saya bayar selama ini,” tegasnya.

“Kalau begitu syarikat-syarikat di Malaysia ini perlu membayar kepada sekolah atau universiti yang telah melahirkan graduan yang kini telah bekerja dengan mereka. Fungsi sekolah itu adalah memberikan pendidikan kepada rakyat di negara ini, begitu juga dengan fungsi MSN dalam bidang sukan,” tambahnya lagi.