Azmeer Nekad Beli

KUALA LUMPUR: Daripada rumah h@ntu bertukar menjadi kediaman yang indah.

Itulah yang dilakukan pertahanan Kedah, Azmeer Yusof yang membuat kerja g!la selepas membeli rumah berkeluasan 4500 kaki persegi yang sudah ditinggalkan hampir 30 tahun di Alor Setar.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Azmeer menghabiskan RM200,000 untuk menghidvpkan semula rumah terbabit dan kediamannya itu menarik perhatian apabila ada individu yang mahu membelinya dengan harga RM320,000 ketika proses membaikpulih dilakukan.

Seseorang memberitahu tanah ini untuk dijual. Saya terus ambil keputusan untuk tengok sendiri tanah ini kerana tanah ini betul-betul di tengah Alor Setar.

Setibanya saya di tanah ini, mengucap panjang saya. Allah Allah. Sejengkal tanah langsung tak nampak. Semuanya dah jadi rimba. Dan rumah tersebut sangat menakvtkan.

Pokok sebesar peluk orang dewasa berada di tengah ruang tamu rumah. Tandas yang terlalu gelap gelita kerana owner (pemilik) lama tak letak tingkap. Banyak lagi cerita benda yang meny3ramkan masa saya datang tengok, katanya.

Bagaimanapun, dia nekad membeli tanah terbabit kerana ingin mendirikan rumah baharu dengan struktur asalnya selain membaiki mana mana bahagian yang sepatutnya.

Yang lagi buatkan saya nak beli kerana tembok rumah masih utuh. Tapi senekad-nekad saya pun, restu mak ayah penting.

Saya call (telefon) mak ayah minta pendapat. Ayah saya cakap tanya dulu jiran berdekatan rumah itu ditinggalkan puluhan tahun kerana hantv atau sengaja ditinggalkan.

Kata-kata mak ayah kita kena dengar. Saya bertanya kepada jiran terdekat dan jiran terbabit mengatakan kelia-kelia, takdak apa aih (semua baik tiada apa masalah). Selepas itu terjadinya pembelian rumah usang dan tanah sebesar 4500 kaki persegi. Alhamdulillah.

So (jadi) kepada sahabat saya yg membaca ni, beli sahaja tanah dan rumah walaupun ia usang. Takkan rugi, katanya.