Awan aneh ‘Stairway to heaven’ kelihatan

IMEJ pembentukan awan yang aneh di dada langit Florida membingungkan warga maya, selepas videonya dimuat naik di Youtube, baru-baru ini.

Video tersebut yang dikongsi oleh seorang penyelidik UFO, menunjukkan imej awan yang kelihatan seperti bentuk tangga dan warga maya menggelarnya ‘Stairway to heaven’.

Ia menyebabkan kekecohan di laman maya selepas dimuat naik ke Youtube oleh ahli teori konspirasi Mavi 777 kurang dari tempoh 24 jam yang lalu.

Warga maya pada mulanya mereka menyangka awan tersebut terbentuk disebabkan jejak yang ditinggalkan pesawat.

Mereka menulis: “Mungkin saya tidak melihatnya dengan betul tetapi saya tidak dapat mengetahui apa yang sedang berlaku di sana.

“Pada mulanya saya fikir ia adalah jejak tinggalan pesawat, namun ia membingungkan saya,” tulis seorang pelayar.

Bagaimanapun, ada yang mengaitkan imej aneh tersebut dengan Project Blue Beam, iaitu projek rahsia oleh NASA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *