Apple dah tahu mengenai pandem!k sejak 2018?

Kenapa wujud teori k0nspirasi ini?
Ia wujud gara-gara sebuah paten yang diminta pada Julai 2018, di mana ia merupakan sebuah aplikasi yang boleh mencipta foto group selfie (swafoto berkumpulan), tanpa memerlukan semua orang yang terlibat berada pada tempat yang sama.

Paten tersebut baru saja diluluskan pada 2 Jun dan amatlah sesuai digunakan pada era normal baharu ini, yang memaksa semua orang diseluruh dunia untuk mengamalkan social distancing ataupun penj@rakan sosial.

Laporan Mashable menyebut patent itu dijana oleh komputer untuk mencipta synthetic group selfies ataupun selfie berkumpulan s!ntetik, yang menggabungkan selfie individu.Ia dijangka dibantu oleh Artificial Intelligence (kecerd@san buatan) ataupun A.I. untuk memproses gambar dari pelbagai peranti untuk membentuk sebuah foto.

Idea patent ini dikatakan sebagai ciri terbaharu yang mungkin akan dimuatkan pada iPhone dan adalah sekadar memudahkan seseorang pengguna untuk merakam foto selfie berkumpulan yang cantik dengan hanya menekan skrin telefon pintar mereka.

Namun sehingga kini ia belum pasti sama ada Apple akan memuatkan fungsi ini pada iPhone di masa hadapan.