Apala nasib PDRM?

PDRM FA satu-satunya pasukan dilaporkan tidak menyelesaikan tunggakan gaji walaupun kepada seorang pemain, sehingga tarikh akhir 31 Januari ditetapkan FAM.

Malah, pasukan itu juga bersikap acuh tak acuh, apabila hanya mengadakan perbincangan untuk mencari penyelesaian pada saat akhir, iaitu sehari sebelum tarikh akhir namun tidak ada kata sepakat dicapai.

Pengurusan dan pemain difahamkan akan mengadakan rundingan semula pada Sabtu. Ini bermakna sehingga berakhir tempoh diberikan pada 31 Januari, belum ada sebarang persetujuan pembayaran di antara kedua-dua pihak.

Apakah nasib PDRM nanti, mungkinkah memulakan musim dengan ditolak tiga mata?

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, berkata pihaknya akan meneliti terlebih dahulu segala dokumen sebelum memberikan kenyataan mengenai tindakan yang diambil (jika ada) kerana beranggapan pasukan-pasukan tidak seharusnya diberikan tekanan yang tidak sepatutnya jika mereka sudah mengambil langkah wajar untuk selesaikan isu ini.