Apakan Daya Safawi Jurulatih Macam Hampeh – Netizen

Bintang bola sepak negara, Safawi Rasid terus kempunan untuk meraih debut pertama bersama Portimonense SC apabila sekali lagi memanaskan bangku simpanan ketika pasukannya tew@s 0-1 dalam aksi pusingan ketiga Piala Portugal awal pagi tadi.Kek@lahan tipis di tangan UD Leiria itu sememangnya mengejutkan apatah lagi lawan adalah pasukan daripada divisyen tiga berbanding Portimonense SC yang hadir selaku pilihan dari liga utama.

Lebih mengec3wakan, kesempatan yang sepatutnya diberikan kepada Safawi bagi menguji kemampuannya dilihat belum lagi membuka mata pengendali pasukannya, Paulo Sergio untuk sekurang-kurangnya menurunkan Safawi sebagai pemain gantian.

Dalam @ksi itu, gol tunggal perlawnan dijaringkan oleh Rui Gomes pada minit ke-80 sekali gus mengenepikan terus Portimonense SC daripada saingan yang dijalankan menerusi format kalah m@ti.

Seperti biasa, kekec3waan turut dirasai peminat bola sepak tanahair yang rata-rata meluahkan perasaan simpati kepada Safawi yang langsung tidak diberi peluang.Kenapa Pawi dak  main, apa guna dia pi  sana, tulis Mohd Khuzairi di ruangan komen Facebook rasmi Portimonense SC.Rosak Safawi lama-lama macam ini. Setakat alasan nak tengok cara Eropah main dalam TV pun boleh, kata Salleh Janggut.

Kesian Pawi mesti teringin sangat nak main. Apakan daya Pawi jurulatih macam hampeh!! Bertabahlah pawi., kata Amin Aariz Bakri.

Selain peminat dari Malaysia, penyokong Portimonense SC di Portugal juga dilihat mengecam kekalahan itu dengan menuntut agar Sergio meletakkan jawatan selepas pasukan kesayangan mereka juga sekadar menghuni tangga tercor0t dalam liga utama.

Untuk rekod, kelab Safawi yang berpengkalan di Algarve, Portugal itu sekadar mengumpul empat mata daripada tujuh aksi liga dengan menempa lima kek@lahan, satu seri dan satu kemenangan.

Terdahulu, Safawi yang dipinjamkan selama semusim oleh Johor Darul Ta’zim  hanya berada di bangku simpanan ketika bertemu FC Porto dalam saingan Liga Primeira yang berkesudahan Portimonense SC tew@s 1-3.

sumber:HM