Apa Maksut Kata-kata Hariss Harun?

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun memberi bayangan seolah-olah beliau mahu meninggalkan pasukan yang baru sahaja mengesahkan kejuaraan Liga Super ketujuh berturut-turut itu.

Menerusi laman media sosial Facebook miliknya, Hariss memuat naik satu gambar dengan menggunakan caption ITS TIME #nextmove sekaligus memberi bayangan beliau bakal berhijrah ke pasukan lain musim hadapan.

Sebelum ini, Hariss pernah berhijrah ke pasukan lain dimana beliau menyertai kelab divisyen empat Liga Sepanyol, CE L’Hospitalet secara pinjaman pada 2017. Namun, perp!ndahan Hariss terpaksa dibatalkan kerana L’Hospitalet berdepan m@salah dengan cukai sekaligus dijatuhi hukvman tidak boleh menandatangani pemain baharu.

Hariss kemudiannya pulang ke Singapura dimana beliau beraksi bersama Home United juga secara pinjaman sehingga penghujung musim 2017. Setelah tempoh pinjaman selesai, Hariss pulang ke JDT pada awal 2018.

Masih belum jelas sama ada Hariss akan menyertai pasukan Liga Malaysia yang lain atau ber@ksi di luar negara. Ramai pihak menjangkakan Hariss akan beraksi dalam saingan Thai League, mengikut jejak langkah dua pemain Malaysia iaitu Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum United) dan Dominic Tan (Police Tero).

sumber:Vocketfc