Apa Jadi Kes Luqman

KUALA LUMPUR: Adakah Striker s3nsasi negara, Luqman Hakim Shamsudin perlu menunggu lagi sebelum boleh terbang ke Belgium Ini kerana perkembangan terbaharu menyaksikan dia sebenarnya memiliki kontrak bersama Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) walaupun dia sudah dihubungi oleh K V Kortrijk untuk melapor diri, minggu hadapan. Dengan situasi terkini, masa depannya tampak berada di tangan FAS dengan persatuan itu kini dikatakan sedang mengadakan perbincangan bersama pemain itu membabitkan hal berkenaan. Bagaimanapun, berdasarkan laporan sebuah media tempatan, Timbalan Presiden FAS, Datuk Seri Shahril Mokhtar mengesahkan pihaknya sama sekali tidak akan menyekat peluang Luqman untuk menimba pengalaman di Eropah tetapi beberapa perkara perlu dimuktamadkan terlebih dahulu. FAS sudah dihubungi Kortrijk berkenaan Luqman tetapi seperti mana yang diketahui, Luqman ada kontrak di Selangor. FAS tidak akan menidakkan hak Luqman beraksi luar negara tetapi ada beberapa perkara yang perlu diteliti dan berbincang dengan Luqman sebelum kedua dua pihak bersetuju untuk beberapa perkara. Selepas itu, kita akan putuskan mengenainya (Luqman ke Eropah), kata Shahril.