Apa dah jadi,Azeem lebih pantas

Usain Bolt Malaysia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, mencatat 10.57 saat ketika mem3cahkan rekod 100 meter bawah 16 tahun Kejohanan Olahraga Innotex SSBJ di Trek Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Tahniah untuk Azeem, catatan peribadi terbaik dan di landasan tepat untuk rangkul pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Johor dan rampas kejuaraan Sukan Sekolah-Sekolah Asean di Filipina – kedua-duanya tahun depan.

Cuma apa yang membimbangkan, prestasi pelari senior negara ke Sukan Sea Filipina.

Temasya berbaki dua minggu lagi tetapi catatan pelari 100 meter, Jonathan Nyepa lebih perlahan.

Jonathan catat 10.61 saat sementara pemegang rekod kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan 10.79 saat – realitinya mereka akan beraksi sama ada dalam acara individu atau kuartet 4×100 meter Sukan Sea.

Seorang lagi pelari 100 meter negara, Zulfiqar Ismail pula tidak beraksi.

Saya bukan seorang yang pakar mengenai program periodisasi tetapi melihat kepada keputusan, ia mengundang persoalan adakah pelari pecut negara berada di landasan tepat untuk acara riben biru?

Kita perlu ingat bahawa Khairul menang emas 100 meter di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Namun selepas itu, prestasinya merosot.

Paling konsist3n tahun ini, Mohd Haiqal Hanafi.

Hanya dia lebih pantas berbanding Azeem apabila mencatat 10.44 saat ketika rangkul emas  Kejohanan Innotex SSBJ.

Tetapi, dia tidak terpilih dalam 100 meter dan cuma beraksi dalam 4×100 meter.

Persoalan sama untuk acara wanita.

Zaidatul Husniah Zulkifli tepati ramalan raih emas dengan 11.84 saat tetapi bagaimana seorang lagi pelari 100 meter Sukan Sea, Siti Fatimah Mohamad tewas kepada pelari simpanan kuartet 4×100 meter, Azreen Nabila Alias?

Azreen, 19 tahun, mencatat 11.92 saat (perak) sementara Fatimah 12.10 saat (gangsa).

Persoalan ini membayangi persediaan skuad olahraga yang mensasarkan 8 emas di Filipina.

Adakah kita memilih atlit yang tepat? Adakah atlit senior akan cemerlang di Filipina?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *