Ansuran Pun Boleh TApi Jangan Lepas Tangan Isu Gaji

Menjatuhkan hukvman berat, contohnya tidak diberi lesen untuk bertanding dalam liga sebagaimana disarankan beberapa pihak bukanlah solusi terbaik untuk menangani isu tunggakan gaji dihadapi Persatuan B0lasepak Kelantan (KAFA). Namun, pada masa sama KAFA juga tidak boleh terus mengambil sikap lepas tangan terhadap masalah itu sebaliknya perlu berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Timbalan Presiden Persatuan Bekas Pemain B0lasepak Kelantan (PBPBK), Anuar Rajib berkata, ketika beliau memahami situasi dihadapi pemain dan KAFA, Persatuan B0lasepak Malaysia (FAM) dilihat boleh menjadi orang tengah untuk membantu kedua-dua pihak.

“FAM atau MFL boleh mengenakan hukvman berat sebagaimana disarankan malah memang termaktub dalam peraturan tapi saya nampak kesannya lebih besar jika ia dilaksanakan ke atas Kelantan. “Lebih ramai pemain akan terkesan jika Kelantan tidak diberi lesen untuk bermain dalam liga dan ia juga tidak memberi jaminan hvkuman itu mampu menyelesaikan isu tunggakan gaji yang sedang dihadapi.

“Namun, pada masa sama, kita juga kena faham, pemain seperti Apek (Khairul Fahmi Cge Mat), Piya (Badhri Radzi), Taj (Amiridzwan Taj Tajuddin) dan beberapa orang lagi juga berhak menuntut gaji mereka yang sekian lama tertunggak. “Saya rasa mereka (pemain) pun akan bertimbang rasa dan tidak membangkitkan isu ini berulang kali jika KAFA mengambil inisiatif untuk menyelesaikannya. “Saranan saya kepada KAFA, berusahalah membayar tunggakan gaji itu, tidak mampu sekali gus, bayarlah secara ansuran.

“Dalam isu ini, FAM juga perlu membantu KAFA dengan apa cara yang mampu mereka lakukan. Sebagai badan induk, inilah peranan FAM,” kata Anuar. Isu tunggakan gaji pasukan Kelantan kembali hangat diperkatakan apabila peguam Apek, Zhafri Aminurrashid mendedahkan pihaknya sudah mengadu secara rasmi kepada FAM ekoran kegagalan KAFA melunaskan tunggakan gaji penjaga gol itu berjumlah RM143,423 sebagaimana diarahkan badan induk itu.

Pada 26 September, 2019, Jawatankuasa Status FAM mengarahkan KAFA membayar tunggakan gaji itu kepada Apek dalam tempoh sebulan namun gagal dipatuhi persatuan berkenaan. Selain Apek, turut membuat tuntutan adalah Daudsu Jamaluddin, Zarul Fitri Ishak dan Norhafiz Zamani Misbah yang keseluruhannya berjumlah RM300,000. Lebih memeningkan kepala KAFA apabila Piya dan Taj turut tampil membuat tuntutan. Menurut Piya, persatuan itu masih berhutang sebanyak RM180,000 dengannya sementara Taj pula meminta mereka menjelaskan sebanyak RM200,000.

Foto: Melaka United, Kelantan United, KAFA.