Anda masih ingat pemain ini? Pasukan Mana Pilihan Beliau

Bekas pemain kebangsaan yang pernah menyarung jersi Pahang, Selangor dan Perak, Hafiz Kamal akan bermain dalam saingan Liga M3 musim ini bersama KL Rovers.

Pemain berusia 32 tahun itu melalui fasa sukar dalam karier sejak mengalami kecede raan serius di lutut kiri pada 2017 dan tersisih sepanjang musim 2018.

Dia kembali pada 2019 dengan menyertai PKNP namun kontraknya tidak dilanjutkan selepas pasukan itu jatvh ke Liga Premier dan bertukar status menjadi feeder team.

KL Rovers yang merupakan pasukan baru dalam Liga M3 musim ini, mahu membuka jalan kepada pemain yang terpinggir untuk membina semula karier lantas tidak melepaskan peluang menyambar khidmat Hafiz Kamal yang gagal mendapat pasukan baru selepas keluar dari PKNP.