Anda Masih Ingat Pasukan Mee Segera Ini?

Projek ni adalah hasil idea Khairy Jamaludin untuk mencari bakat bola sepak bukan profesional berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan berjaya habiskan larian 100 meter bawah 12 saat. Pada tahun 2006, KJ dah bergabung dengan DJ radio, Jason Lo bagi menghasilkan rancangan realiti TV berkaitan bola yang dipanggil MyTeam. Projek ni juga melibatkan Shebby Singh dan juga Bojan Hodak sebagai jurulatih.

Program ni dah menarik minat ribuan peserta untuk datang ke sesi pemilihan. Peserta akan disaring melalui permainan 8 sebelah dengan pergerakan bebas, 8 sebelah dengan 2 sentuhan sahaja, cabaran 2 lawan 2 dan 1 lawan 1 dalam padang bersaiz 30m x 20m. Apa yang menggemparkan, pasukan yang akan disiapkan selama 6 minggu ni akan mencabar pasukan kebangsaan dalam satu perlawanan siaran langsung.

Projek MyTeam ni juga diwar-warkan secara besar-besaran sebagai satu revolusi bola sepak tempatan dengan kempen media secara besar-besaran telah dilancarkan. Tujuannya untuk menarik minat pemain muda supaya menunjukkan diri serta dicungkil bakat mereka. Kru MyTeam dah menjelajah ke 13 buah negeri untuk mengumpul 22 pemain terbaik untuk diserapkan ke skuad utama.

Tak boleh beza mana yang full time main bola dengan part time. Imej dari Shai1975.blogspot.

Projek ni menjadi semakin hangat apabila Setiausaha Agung FAM ketika itu, Dr Ibrahim Saad mengatakan bahawa pasukan MyTeam hanyalah pasukan ‘mi segera’. Ketika tu masih menjadi tanda tanya, apakah pasukan yang akan FAM hantar. Rupa-rupanya, pihak FAM hanya menghantar pasukan Malaysia bawah 20 tahun untuk menentang pasukan Myteam yang dah dipersiapkan tu. Hanya tiga orang pemain senior diletakkan di dalam pasukan negara iaitu Indra Putra, K. Nanthakumar dan Khaironnisam Shahabudin.

Perlawanan menyaksikan pasukan MyTeam tewas 2-1 kepada pasukan negara walaupun membuat kejutan pada aksi babak pertama dengan gol pendahuluan oleh pasukan MyTeam. Perlawanan ni juga turut disaksikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Pak Lah. Ramai yang berpendapat walaupun kalah tapi pasukan MyTeam ni menunjukkan semangat juang yang tinggi.

“Jika keputusan yang menentukan kejayaan MyTeam maka kami telah gagal tetapi saya yakin pasukan ini telah berjaya kerana mereka telah mempamerkan mutu permainan yang bagus.” Shebby Singh, petikan dari Chedinsphere.

Dah macam final Piala Malaysia penuh dia. Imej dari Shaolin Tiger.

Bakat yang berjaya dicungkil dari program realiti ni adalah Azmi Muslim yang sebelumnya adalah pemandu forklift di Georgetown Pulau Pinang. Dia juga pernah menyertai pasukan di Liga-M serta menjadi sebahagian dari anggota skuad negara dalam Sukan SEA 2009 sewaktu mendapat pingat emas. Projek MyTeam ni diteruskan pada tahun hadapannya untuk mengumpul pasukan MyTeam 2 bagi melawan pasukan dari Indonesia. Namun, pasukan ni tewas 2-0 kepada pasukan Indonesia.

Pihak United Plantation Berhad (UPB) dah bergabung dengan MyTeam untuk membentuk pasukan UPB-MyTeam bagi merasai perlawanan kompetitif Liga Perdana 2007 dan Liga Super. Namun, masalah kewangan yang ada dah menyebabkan pasukan ni dibubarkan pada tahun 2009.

sumber: soscili.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *