Jadi Anak Angkat CR7

Aceh: Anak angkat pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo pulang ke kampung halamannya di Aceh dan melawat mangsa gempa bumi.Martunis, 19, yang kini bermain dengan skuad remaja kelab bola sepak Sporting Lisbon di Portugal turut dilihat membantu mengangkat beras ke pusat perlindungan di Pidie Jaya.Dia bersama rombongan Timbalan Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Aceh, Sulaiman Abda juga mengagihkan bantuan makanan dan pakaian kepada mangsa.

Martunis berkata, ketika ini dia sedang bercuti dan mengambil kesempatan untuk pulang ke Aceh bagi melawat mangsa gempa berkenaan.Semoga saya menjadi insan berguna untuk penduduk di sini,” katanya ringkas.Martunis adalah mangsa tsunami di Aceh pada 26 Disember 2004 yang kemudiannya menjadi terkenal selepas ditemui selamat selepas hanyut di lautan selama 21 hari.

Ketika ditemui, Martunis yang berusia tujuh tahun ketika itu memakai jersi Portugal dengan nama Ronaldo di belakangnya.Kisah Martunis itu mendapat liputan meluas media antarabangsa sehingga Ronaldo mengambilnya menjadi anak angkat.Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda Pidie Jaya dan kawasan sekitarnya pada 7 Disember lalu menyebabkan lebih 100 penduduk maut dan beratus-ratus lagi cedera. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *