Amri Yahyah Bersama Pasukan Yang Selangor Tak Dapat Tewaskan

Sudah genap sebulan, penyokong masih tertanya pasukan manakah yang dikatakan tidak dapat ditewaskan oleh Selangor

Hari ini genap sebulan sejak legenda Selangor, Amri Yahyah mendedahkan punca dia meninggalkan pasukan itu dan kemudiannya memberitahu akan menyertai sebuah pasukan yang tidak akan dapat ditewaskan oleh Selangor.

Pasukan manakah itu, masih menjadi tanda tanya penyokong b0lasepak tanah air, khususnya penyokong Red G!ants.