Ambil peluang ketiadaan Safawi

KUALA LUMPUR: Ketiadaan Safawi Rasid dalam skuad negara ke Sukan SEA di Filipina perlu dilihat secara p0sitif dan kekosongan yang ditingg@lkan tonggak Johor Darul Tazim (JDT) itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya pemain lain. Sekali pun berat, pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee berkata keputusan untuk mengeluarkan nama Safawi adalah demi kebaikan pemain berkenaan. Ini adalah keputusan saya selepas memikirkan tentang kebaikan Safawi ketika dia bermain dalam banyak perlawanan dengan kelab dan juga pasukan negara kita. Safawi faham kenapa dia tidak dipilih dan ia demi kebaikannya, kebaikan JDT dan pasukan kebangsaan. Demi kebaikan semua, saya terpaksa memvtuskan untuk Safawi berehat dan saya harap semua pihak faham dengan apa yang saya lakukan. Ini membuka ruang kepada pemain lain. Kalau Safawi berada dalam skuad mungkin peluang tertutup seorang atau dua pemain tetapi dengan ketiadaan Safawi, ia beri peluang kepada mereka untuk membuktikan dan mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama mahupun senarai terakhir 20 pemain, katanya. Bintang JDT itu ketika ini berada pada tahap terbaik termasuk mel3dak dua gol untuk membantu Harim@u Malaya mengatasi Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. Ketika ini, Kim Swee yakin seluruh pemain akan berada pada tahap terbaik menjelang sep@k mula men3ntang Myanmar, Isnin ini. Sudah tentu waktu yang singkat. Dalam beberapa hari latihan lagi, saya percaya kita mampu mendapatkan keserasian yang baik, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *