amaran awal

KUALA LUMPUR: Kemenangan 1-0 ke atas Tajikistan, kelmarin bukan saja memberi petanda positif buat skuad kebangsaan, malah ia mungkin menjadi amaran awal buat Thailand bahawa Safawi Rasid sudah kembali menemui sentuhan gol bersama skuad Harimau Malaya.

Pasukan kebangsaan akan berdepan Thailand dan Indonesia dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis dan 19 November ini.

Safawi yang juga peny3rang Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui gembira selepas jaringan tunggalnya pada minit ke-72 berjaya memberi kemenangan bermakna skuad Harimau Malaya ke atas Tajikistan.

Walaupun hanya aksi persahabatan, namun pemain berusia 22 tahun itu menjelaskan ia menjadi motivasi terbaik sebelum berdepan skaud Gajah P3rang yang kini mendahului saingan Kumpulan G.

“Sudah beberapa perlawanan saya tidak menyumbang jaringan bersama skuad kebangsaan.

“Tapi hari ini saya berjaya mel3dak gol. Terima kasih kepada rakan sepasukan dan seluruh penyokong.

“Ia bagus untuk saya mendapatkan lebih keyakinan menentang Thailand dan Indonesia nanti,” katanya ketika ditemui selepas aksi berdepan Tajikistan.

Safawi yang menjadi tonggak penting pasukan kebangsaan tidak mel3dak gol dalam lapan perlawanan dan kali terakhir dia menyumbang jaringan ketika berdepan Timor Leste dalam aksi kelayakan pusingan pertama, 7Jun lalu.

Selain itu, Safawi mengakui jent3ra serangan Harimau Malaya masih perlu memperbaiki ket@jaman penyudah jika mahu mendapatkan keputusan terbaik berdepan Thailand dan Indonesia.

“Pada perlawanan sebelum ini kita banyak mencipta peluang, cuma tidak dapat menjaringkan gol.

“Jadi kita kena perbaiki dari aspek mel3dak jaringan, itu yang penting.

“Kita mempuyai pemain sayap kiri dan kanan serta pertahanan kiri dan kanan yang sentiasa buat membuat larian ke atas.

“Jadi itu kelebihan kita untuk jaringkan gol,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *