Aku ,Abah Dan Liverpool

Pertama sekali abah dah jauh dari kami sekeluarga dan abah sekarang dah tenang disana. Al-fatihah untuk abah tercinta, insan yang perkenalkan apa itu bola sepak kepada aku.

Abah memang penyokong tegar Liverpool dan of course pasukan Kedah negeri kami. Di kampung kami abah orang panggil Pak Long Liverpool. Setiap kali perlawanan membabitkan Liverpool, pasti akan ada kelibat sorang Pak Long berkopiah akan relax meja depan sekali dan bersiap menonton aksi pasukan kesayangan beliau. Kau cakap pukul 8,10 or 3.45 pagi sekalipun, kalau Liverpool punya pukvlan,abah akan ada punya di lokasi.

Pernah dia cerita kat aku era lejen-lejen Liverpool hebat dulu. Rush, Dalglish sampai ke Owen. Masuk zaman Gerrard, Torres, Suarez dan PC10, abah tak cerita sangat sebab dia tahu aku pun dah kenal player-player ni semua. Aku dan Abah memang lain pasukan, kalau abah Liverpool, aku pilih Chelsea.

Dari segi kawan pulak, selalu kawan-kawan dia peminat Man Utd, depa selalu melawak gitu-gitu la, yela sebab Liverpool dah berapa tahun asyik jadi title contender ja tanpa menang trofi tapi abah jenis relax, dia paling cool dan steady. Abah lebih dikenali seorang yang friendly. Setiap kali Liverpool menang, mesti dia pakai jersi Liverpool pergi port Man Utd.

Chelsea dan Liverpool. Dengan aku kadang-kadang ada gak abah troll aku dan aku masih ingat waktu Chelsea beli Torres, dia kece wa gak tapi cara dia troll aku halus. Dia ada cakap Chelsea nak kuat pun perlukan star Liverpool..kehkeh. Benda ni ulang-ulang terutama setiap kali Chelsea l@wan Liverpool.

Lepas aku ditugaskan di Negeri Sembilan selama 6 tahun, aku dah jarang dapat tonton game dengan abah. Kadang ja dapat cuti kebetulan ada game, sempat lah layan bersama. Tak kira game apa pun, kami pi layan sekali, yela cuti bukan lama seminggu ja pun.

Hari ni bila aku tengok Liverpool padu, aku rasa seronok, sedih dan aku banyak terbuai kenangan dengan abah, aku tau kalau abah ada, dia mesti suka dan sakat dengan aku tambahan Chelsea sekarang bawah Liverpool. Mesti dia bangga terutama Mo Salah dah break record CR (dulu budak Man Utd bangga record 42 gol CR) depa selalu cakap kat dia macam tu.

Tapi tulah, tu semua tinggal hanya khayalan aku sorang-sorang. Sekarang legasi Liverpool jatuh kat adik aku pulak Naem Nirwana, dia sekarang penganti tempat abah, banyak bertanya pasal Liverpool dan aku jujur membantu setakat yang boleh.

Abah insan yang perkenal apa itu bola kepada aku.Insan yang pimpin tangan aku masuk stadium Darulaman pertama kali. Insan yang aku hormati dan sayangi.

Untuk Liverpool, ni la cerita abah aku. Kalau bab Kedah pula rasanya lagi panjang nak tulis sebab terlalu banyak kenangan kami bersama.

(Ada gambar abah dengan jersi Liverpool tapi aku tak kuat nak letak gambar tu.)

Jersi Liverpool abah ada dengan aku. Aku simpan. Walaupun hanya jersi ja ada dengan aku, jadila sekurang kurang ia kenangan untuk aku.

Semoga arwah abah tenang disana, Al-fatihah untuk abah.

Sumber: Don K-Rul IZham