Aksi Neymar hantar bola guna punggung(video)

PARIS: Neymar membuktikan dirinya seorang pemain yang memiliki kemahiran luar biasa apabila dia turut berkebolehan menghantar bola menggunakan punggungnya.

Aksi peny3rang Paris Saint-Germain (PSG) itu pada perlawanan separuh akhir Piala Liga Perancis menentang Reims, awal pagi tadi mencu ri tumpuan.

Dia menyedari bola melalui bahagian belakangnya dan dengan gaya bersahaja dia menghantar bola menggunakan punggungnya.

Walaupun pemain berusia 27 tahun itu tidak menjaringkan gol ketika mencatat kemenangan 3-0 dalam perlawanan itu namun rakaman video yang menunjukkan aks!nya itu menjadi tu lar di media s0sial.

Kemenangan ke atas Reims menerusi jaringan Marquinhos dan Tanguy Kouassi selain gol sendiri pemain lawan, Ghislain Konan membolehkan PSG menempah pertemuan dengan Lyon dalam aksi final.

PSG sememangnya dijangka akan mara ke final tetapi tidak ramai yang menjangkakan aksi Neymar itu mendapat perhatian yang lebih sebaik wisel penamat dibunyikan.