Aksi Lin Dan Main Futsal Pamerkan Skill Macam Cristiano Ronaldo

Bintang sukan dari China, Lin Dan sememangnya dikenali sebagai seorang pemain yang cukup hebat dalam sukan Badminton apabila meraih pelbagai kejuaraan utama di sukan olimpik dan kejohanan dunia. Namun, tiada siapa sangka beliau juga mampu bermain bola sepak dengan baik apabila mempamerkan skill individu persis bintang dunia, Cristiano Ronaldo di gelanggang futsal melalui rakaman video yang tular di media sosial. Rakaman video tersebut diambil ketika juara olimpik 2 kali itu pulang bercuti di kampung halamannya selama 5 hari pada 1 Mei lalu selepas selesai menjalani sesi latihan bersama skuad badminton China.

Lin Dan memanfaatkan cuti tersebut dengan turun bermain futsal bersama rakan-rakannya dan sempat mengelecek 3 pemain lawan sebelum menyumbat gol dengan tenang.