Akhyar Rashid sudah kaji kelemahan Filipina

Pemain sayap skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Akhyar Rashid mahu memanfaatkan kelebihan dimilikinya bagi membantu pasukan mencipta kem3nangan ke atas Filipina dalam @ksi Kumpulan A Sukan SEA 2019 di Stadium Rizal Memorial, malam ini.

Pemain berusia 19 tahun itu, berkata peluang menyaksikan perl@wanan antara Filipina men3ntang Myanmar, semalam membolehkan dia dan rakan sepasukan mengkaji kelemahan dimiliki pasukan lawan itu.

“Bagi saya pertemuan dengan Filipina akan menjadi perlawanan yang sukar terutama fizikal pemain mereka lebih besar.

“Namun, apa yang saya lihat, mereka juga ada buat kesilapan dan sudah pasti kami boleh gunakan kelebihan itu untuk mencipta gol,” kata Akhyar yang memiliki kelebihan dari aspek kel!ncahannya mengawal bola dan larian yang pantas.

Skuad negara dan Filipina berkongsi misi yang sama menjelang @ksi malam esok dengan kedua-dua pasukan membvrv tiga mata pertama.

Malaysia seri 1-1 dengan Myanmar pada aksi pembukaan manakala Filipina terikat 1-1 dengan Kemboja. Namun, The Azkals yang turun dalam aksi kedua tewas 1-2 di tangan Myanmar, kelmarin.

Berbanding Malaysia, Filipina lebih tert3kan memandangkan mereka hanya mengutip satu mata selepas mengharungi dua perlawanan.

Sementara itu, pemain muda, Umar Hakeem Suhar Rezwan berkata dia sudah bersedia sekiranya diberikan kepercayaan sekali lagi untuk berada dalam kesebelasan utama pada pertemuan dengan Filipina.

Pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee memberikan kepercayaan kepada pemain berusia 17 tahun itu berada dalam kesebelasan utama ketika @ksi men3ntang Myanmar sebelum dia dikeluarkan pada separuh masa kedua.

“Saya fikir jurulatih (Kim Swee) sudah mempunyai perancangannya untuk mengatasi Filipina dan sebagai pemain ikut perancangan jurulatih. Sama ada saya diturunkan atau tidak itu terpulang kepada jurulatih.

“Sebagai pemain, saya sentiasa bersedia sekiranya diturunkan,” katanya.