Akhirnya Ronaldinho buka mulut

LONDON: Ronaldinho buat kali pertamanya ‘membuka mulut’ mengenai tempohnya di belakang jeriji besi selain berharap akan ada jalan penyelesaian terbaik berhubung pasport p@lsu dihadapinya.Bekas pemain Barcelona dan AC Milan itu kini ditahan di sebuah hotel di Paraguay selain mengatakan impiannya adalah untuk mencium ibunya, Mugielina sebaik saja isu berkenaan selesai.Ronaldinho turut mengakui dia tidak pernah terfikir akan terjebak dengan isu berkenaan.Menegaskan yang dia sama sekali tidak tahu bagaimana isu berkenaan boleh terjadi pada 4 Mac lalu, pemain berusia 40 tahun itu berkata: “Kami sangat terkejut apabila mengetahui dokumen itu tidak sah.

Selepas itu, tumpuan kami hanya terarah kepada kerjasama dengan pihak mahkamah untuk menjelaskan perkara ini.Dalam satu temubual di sebuah hotel empat bintang, Palmaroga Hotel – lokasi dia ditahan sejak dibebaskan daripada reman pada 7 April – Ronaldinho berkata: Saya mempunyai kepercayaan.Saya sentiasa berdoa yang semua ini akan menjadi okay dan dengan kuasa tuhan, semua akan berakhir nanti.Apabila saya mengetahui yang saya akan dipenjarakan, ia sesuatu yang menghantui diri saya. Saya tidak pernah terfikir yang saya akan berada dalam situasi sebegini.Di sepanjang hidup saya, saya sentiasa cuba mencapai tahap profesional tertinggi dan membawa kegembiraan kepada semua dengan permainan bola sepak saya. – AGENSI