Akhirnya Jasazrin Dipilih

BEKAS pemain kebangsaan, Jasazrin Jamaluddin dipilih selaku kapten Felda United FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengendali The F!ghters, Mohd Nidzam Jamil berkata, pengalaman luas dimiliki pemain tengah itu termasuk menjadi penolong kapten musim lalu melayakkan Jasazrin mengetuai kElab itu.

“Saya percaya Jasazrin mampu memikul amanah diberikan terutama membimbing pemain muda untuk tampil dengan lebih yakin sebaik liga bermula nanti.

“Dia juga banyak memberi tunjuk ajar sepanjang latihan dan sudah pasti ia memberi manfaat kepada pasukan untuk mempamer prestasi lebih mantap,” katanya.

Mohd Nidzam juga mengesahkan Khairul Amril Kamal yang juga penye r@ng import dari Singapura dilantik penolong kapten The F!ghters.

Katanya, dengan pengalaman dimiliki kedua-dua pemain senior itu diharap menjadi contoh kepada barisan pemain muda untuk membantu memperk@sakan pasukan.

“Saya harap segala perancangan berjalan lancar dan semua pemain dapat membentuk persefahaman sebaik liga bermula nanti,” katanya.