Akhirnya Chanturu Diikat

Nampaknya gambar Chanturu bersama exco KAFA sudahpun tular. Adakah penyokong Kelantan teruja seandainya pemain dengan jolokan “Kelantan Express” ini kembali memperkuatkan skuad TRW?

Kelantan adalah pasukan yang bertanggungjawab menaikkan nama Chanturu ketika dia mewakili skuad itu pada 2010-2012, merangkul kejayaan treble bersejarah sebelum berhijrah mewakili beberapa pasukan lain seperti Perak, Sarawak, JDT dan Felda Utd.

Dia baru-baru ini dilepaskan Felda Utd dan mengakui masih mencari pasukan baru. Gambar ini menguatkan spekulasi dia akan menjadi rekrut terbaru Kelantan.